Keliling dunia dengan motosikal Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

Pengembaraan mengikut jalan darat banyak memberi sentuhan lebih dekat dengan masyarakat. Beliau merentas beberapa benua , antaranya Amerika Syarikat, Asia Tenggara, Eropah dan Himalaya. Sepanjang perjalanan, beliau sering disambut dengan layanan mesra oleh penduduk setempat sepanjang membawa motosikal. Orang lebih mesra bila kamu naik motosikal masuk kampung mereka daripada bawa kereta. Jadi bila mesra, hati mereka terbuka kemudian kita boleh bertukar pandangan dan bercakap," katanya.Pertemuan dengan orang ramai ke tempat yang dikunjunginya banyak menambah pengalaman dan pengetahuan mengenai budaya sesuatu tempat itu. Ia menambahkan pengalaman, pengetahuan, memahami budaya, perangai dan makanan.

Selain daripada teknik membawa motorsikal yang betul, perkara yang paling penting dibawa bersama ketika berada di tempat orang adalah budi bahasa. Apabila mengembara naik motosikal, kita kena ingat bahawa harta paling baik yang kita bawa dalam poket, dalam dompet, dalam hati, dalam jiwa, jangan lupa budi bahasa.

Kosnya juga lebih murah jika dibandingkan dengan kereta, ada juga sedikit cabaran dengan motosikal ini. Sejak lima tahun lepas beliau berjinak dalam aktiviti mengembara motosikal jarak jauh (overlanding) . Beliau sudah bawa motosikal berkuasa besar lebih 40 tahun, tetapi selama itu lebih banyak naik dalam negara dan tidak suka pergi jauh.[1]